Program CSR Sarawak Skills 2020


Article by Corporate Communication Unit, PPKS


12 OGOS 2020 – Sarawak Skills melalui program CSR (Corporate Social Responsibility) 2020 telah mengagihkan sebanyak 334 kotak pelitup muka kepada 25 buah Sekolah Angkatnya di sekitar Kuching, Samarahan dan Padawan.


Sumbangan tersebut yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Encik Hallman Bin Haji Sabri telah diadakan pada 12 Ogos 2020 di SMK DPHA GAPOR.


Menurut Hallman, inisiatif program tersebut merupakan salah satu kelebihan yang diberikan kepada Sekolah-sekolah dibawah naungan program “Sekolah Angkat”.


“Ini merupakan antara kelebihan yang terdapat dalam program Sekolah Angkat selain daripada memberikan insentif kepada pelajar cemerlang, mengadakan program-program ceramah TVET dan STEM dan lain-lain.”


“Diharap pemberian ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan pelitup muka kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar dalam amalan SOP norma baru semasa membanteras pandemic COVID-19,” ujar beliau.


Tuan Hj Affandi Bin Rosli, Pengetua SMK DPHA Gapor telah mewakili Sekolah-Sekolah Angkat untuk menerima sumbangan tersebut daripada Sarawak Skills. Selain itu, 8 buah “Stand Sanitizer” juga diberikan kepada SMK DPHA Gapor dan SMK Sungai Tapang, iaitu 2 buah Sekolah yang telah menghantar paling ramai pelajar ke institusi kumpulan Sarawak Skills.


Antara sekolah yang terlibat ialah, SMK Kota Samarahan, SMK Muara Tuang, SMK Padungan, SMK Siburan, SMK Wira Penrissen, SMK Bako, SMK Santubong, SMK Jalan Arang, SMK Batu Kawa, SMK Semerah Padi, SMK Pending, SMK Sg Maong, SMK Matang Jaya, dan lain-lain.


Turut bersama dalam program tersebut ialah wakil Encik Mortadza Bin Saat, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,Encik Alta Abang Anak Kasum daripada Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Hj Affandi Bin Rosli, Pengetua SMK Abdul Gapor, Encik Mohamad Isham Bin Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif i-CATS, dan Haji Rambli Bin Haji Hasbi, Ketua Pemasaran Sarawak Skills.


Sesi pengambilan pelajar masih dijalankan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran diadakan melalui platform atas talian. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Sarawak Skills / i-CATS, anda boleh melayari laman sesawang rasmi kami di www.ppks.edu.my / www.icats.edu.my atau ikuti perkembangan kami di laman sosial Facebook iaitu PPKS / ICATS / ICATS dan Instagram kami PPKS_official / icatsofficial.




En. Hallman Hj Sabri (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan “Pelitup Muka” kepada Tuan Hj Affandi Bin Rosli, (empat dari kiri) yang mewakili Sekolah-Sekolah Angkat Sarawak Skills.