PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PPKS MIRI PADA 8 OKTOBER INI




MIRI: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) cawangan Miri akan mengadakan pendaftaran pelajar baharu pada 8 Oktober ini. Sesi pendaftaran akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di bangunan PPKS Miri yang terletak di Blok 1 MCLD, Jalan Shell, Lutong di sini.


Menurut Eksekutif Pemasarannya, Derell Ladi berkata, pelajar telah menerima surat tawaran dijemput mendaftar pada hari tersebut dengan membawa dokumen yang berkaitan.

Katanya untuk sesi kemasukan Oktober, PPKS Miri membuka kemasukan bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Mekatronik,Sistem Komputer, Pengurusan Pejabat,Elektronik Industri dan Elektrikal Tahap 3.


“Bagi pelajar belum membuat permohonan, kami juga akan membuka kaunter pendaftaran terbuka bagi memberi penerangan kepada pelajar tentang proses memohon dan mendaftar.


“Permohonan masih lagi dibuka sehingga penghujung April bagi kursus Mekatronik dan Elektronik Industri,” katanya.


Menurut Derell, syarat kelayakan untuk mengikuti dua program itu, pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta boleh membaca, menulis dan mengira. Katanya, syarat kelayakan bagi program SKM longgar memudah dan memberi peluang kepada pelajar mendapat keputusan sederhana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.


Justeru katanya, pelajar baharu memohon dikehendaki membawa bersama satu salinan beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, slip keputusan SPM, sijil berhenti sekolah dan tiga keping gambar berukuran pasport. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Derell Ladi melalui talian 012-899 2184 atau datang terus ke PPKS Miri.