Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan PPKS; Warga Emas Rumah Seri Kenangan Kuching tidak di lupai

  • -

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan PPKS; Warga Emas Rumah Seri Kenangan Kuching tidak di lupai

Category : Uncategorized

Artikle oleh: Nur Rapizah Oden & Muhamad Daneal bin Jamali
Eksekutif Komunikasi Korporat

Kelab Sosial, Rekreasi dan Sukan (SRSC) yang mewakili keseluruhan warga kerja Kumpulan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) serta subsidarinya iaitu Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) dan Automotive & Welding Institute of Sarawak (AWISAR) telah menganjurkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui satu lawatan amal ke Rumah Seri Kenangan, Kuching pada 24 Februari 2017, Jumaat yang lalu.

Lawatan yang berinsipirasikan tema “PPKS Technical Education Give Impacts” telah di ketuai oleh saudara Stanley Gona Selaku Pengarah Perkhidmatan Korporat, i-CATS. Lawatan Amal tersebut bertujuan untuk menghulurkan sumbangan ikhsan warga kerja PPKS/i-CATS berbentuk barangan keperluan harian seperti bekalan beras dan bekalan makanan, produk tenusu, produk cucian serta pakaian. Aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebegini merupakan aktiviti tahunan Kumpulan PPKS dalam usaha untuk menyumbang kembali kepada komuniti di sekitarnya.

Rombongan lawatan Amal tersebut telah di sambut mesra oleh Pengetua Rumah Seri Kenangan, Encik Dariel Thiong. Semasa mengalukan ketibaan rombongan daripada Kumpulan PPKS, Encik Dariel berkongsi sedikit latar belakang mengenai Rumah Seri Kenangan Kuching yang sehingga kini menempatkan seramai lapan puluh (80) orang penghuni yang terdiri daripada pelbagai suku kaum yang terdapat di sarawak. Dariel dalam pada itu berkata, Rumah Seri Kenangan berperanan untuk memberi perlindungan serta menjaga kebajikan warga emas di sini.

Pekerja PPKS bergambar bersama dengan Pengetua Rumah Seri Kenangan Kuching (Enam dari kiri) Encik Dariel Chiong serta (lima dari kiri) Encik Stanley Gona, Pengarah Perkhidmatan Korporat i-CATS.

Aksi – Perkerja PPKS bermesra dengan penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching


Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM