PROGRAM GOTONG-ROYONG & KHIDMAT MASYARAKAT DI MASJID NURHIDAYAH, KPG ENSEBANG JAYA, SERIAN ANJURAN AHLI JAWATANKUASA, SURAU DARUL ILMI, PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK.

  • -

PROGRAM GOTONG-ROYONG & KHIDMAT MASYARAKAT DI MASJID NURHIDAYAH, KPG ENSEBANG JAYA, SERIAN ANJURAN AHLI JAWATANKUASA, SURAU DARUL ILMI, PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK.

Category : Uncategorized

Article by Nor Azlina Sapee
PA to Executive Director cum Special Officer, KPI

Pada 20 Mei 2017 yang lalu, Ahli Jawatankuasa, Surau Darul Ilmi, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) telah mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nurhidayah, Kpg Ensebang Jaya, Balai Ringin, Serian. Kira-kira 30 orang staf PPKS dan pelajar Kolej Vokasional PPKS dan 20 orang penduduk kampung termasuk Ahli Jawatankuasa Masjid Nurhidayah terlibat dalam gotong-royong berkenaan.

Objektif utama program ini adalah untuk menyemai semangat kerjasama bergotong royong membersihkan kawasan masjid di samping dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang sihat serta dapat mengeratkan hubungan perpaduan di antara satu sama lain.

Program tersebut bermula dengan solat subuh berjemaah & tazkirah ringkas Fadhilat Ramadhan daripada Ustaz Mohd Zulhelmi bin Borhan dan diakhiri dengan penyerahan sumbangan pakaian terpakai & barangan dapur kepada setiap keluarga di Kpg Ensebang Jaya oleh Ustaz Rizqi Farouq bin idris, Pengerusi Surau Darul Ilmi dan En Alihazimi bin Sharifuddin, Ketua Kaum mewakili penduduk Kpg Ensebang Jaya.

Pada masa yang sama, ceramah berkaitan program PPKS juga telah disampaikan oleh En Mohd Shahmi bin Marzuki, Pegawai Pemasaran, PPKS.

Aktiviti tersebut membawa nilai-nilai murni serta semangat perpaduan, dan aktiviti ini telah dijalankan dengan lancar dan sempurna. Adalah diharapkan agar aktiviti yang berfaedah seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Aktiviti Gotong-Royong

Taklimat oleh Pegawai Pemasaran, PPKS

Sumbangan Pakaian Terpakai dan Barangan Dapur

Cenderahati daripada Ketua Kaum Kpg Ensebang Jaya

Gambar Berkumpulan

 


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM