PERHIMPUNAN PELAJAR PPKS 2017 – PENDEKATAN INDUSTRI INISIATIF BAHARU

  • -

PERHIMPUNAN PELAJAR PPKS 2017 – PENDEKATAN INDUSTRI INISIATIF BAHARU

Category : Uncategorized

Article by Muhamad Daneal bin Jamali
Corporate Communications Executive

Pada 17 Februari 2017, Jumaat yang lalu telah berlangsungnya Perhimpunan Pelajar PPKS yang pertama bagi tahun 2017 di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS).  Perhimpunan Pelajar tersebut bertujuan bagi mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baharu yang mengikuti kursus-kursus TVET dan TAME (Program Jurutera Penyelenggara Pesawat) serta mengalu-alukan pelajar-pelajar terdahulu yang kembali melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi dalam bidang teknikal masing-masing.

Tuan Haji Rambli Haji Hasbi, Timbalan Pengarah Eksekutif Khidmat Pelajar PPKS semasa ucapan alu-aluannya menekankan beberapa aspek penting yang harus di kuasai oleh pelajar-pelajar TVET sebagai satu persiapan sebelum melangkah ke dunia perkerjaan. Antara aspek yang di titikberatkan dalam ucapannya adalah untuk menggalakkan pelajar dalam menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); memperkemaskan ketrampilan kendiri serta belajar untuk berdikari. Tuan Haji Rambli Haji Hasbi turut menegaskan bahawa aspek-aspek tersebut merupakan antara faktor utama yang membolehkan graduan untuk mendapat perkerjaan di kalangan industri.

Menurut amanat yang di sampaikan oleh Pengarah Eksekutif PPKS, Encik Hallman Sabri, beberapa inisiatif pembaharuan akan di jalankan sepanjang tahun 2017 bagi memperkasakan pelajar-pelajar TVET di PPKS adalah melalui aktiviti kesatrian sebagai kokurikulum wajib serta mengadakan perhimpunan sekali sebulan  dalam mewujudkan platform bagi perkongsian pengalaman industri dengan menjemput wakil daripada ahli-ahli industri PPKS untuk memberi taklimat. Hallman Sabri turut menegaskan kepentingan Kemahiran insaniah seperti Kemahiran komunikasi dan ketrampilan diri haruslah di pertingkatkan.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Perkhidmatan Latihan dan Pendidikan, Encik Zakri  MD Salleh; Pengurus Kanan Perkhidmatan Pelajar, Puan Hajjah Hamdiah Sazali; Pemangku Pengarah Kampus PPKS Kuching, Puan Khartini Latif serta tenaga pengajar TVET PPKS. Perhimpunan di akhiri dengan sesi photografi bersama-sama barisan kepimpinan PPKS, tenaga pengajar dan para pelajar.

PHOTO 1 POSITIF: PHOTOGRAFI BERSAMA BARISAN PENGURUSAN PPKS, TENAGA PENGAJAR DAN PARA PELAJAR PPKS

PHOTO 2 MEMBERANGSANGKAN: UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA, TIMBALAN PENGARAH EKSEKUTIF KHIDMAT PELAJAR PPKS

Photo 3 BERSEMANGAT: PELAJAR-PELAJAR PPKS DAN TAME (PROGRAM JURUTERA PENYELENGGARAN PESAWAT) BERHIMPUN SAMBIL MENYANYIKAN LAGU KECEMERLANGAN MENUJU KEJAYAAN

 


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM