PASUKAN BAYA DAAT JUARA FUTSAL PIALA i-CATS TERBUKA SEMPENA HARI TERBUKA SMK DALAT

  • -

PASUKAN BAYA DAAT JUARA FUTSAL PIALA i-CATS TERBUKA SEMPENA HARI TERBUKA SMK DALAT

Category : Uncategorized

Article by Zainal Abidin Ahmad
School Relation Officer

Pasukan Baya Daat telah muncul sebagai juara Kejohanan Futsal Piala i-CATS Terbuka sempena Hari Terbuka SMK Dalat 2016 baru-baru ini.

Penyertaan yang terbuka kepada warga pelajar SMK Dalat sendiri dan belia-belia di sekitar daerah Dalat menyaksikan lapan pasukan berentap di dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari dari 21-22 September 2016 di gelanggang futsal SMK Dalat.

Dibahagikan kepada dua kumpulan, pasukan Sai Melabau, Baya Daat, Baya Likoe dan Pacin berada di dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Sungai Berujug, Cakok Manis, Apui Mego dan Mana Gi.

Pegawai Pendidikan Daerah Dalat, Encik Ahli bin Chikba semasa berucap merasmikan majlis penutupan Hari Terbuka SMK Dalat 2016 merakamkan penghargaan beliau kepada pihak SMK Dalat dan PIBG SMK Dalat dalam mengelolakan progam yang bukan sahaja melibat warga SMK Dalat sendiri, bahkan masyarakat setempat serta pelbagai agensi awam dan swasta dari dalam mahupun luar Daerah Dalat.

Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelbagai pihak yang telah menyumbang serta menaja aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Juga kepada pihak PPKS/i-CATS yang telah menaja hadiah bagi Kejohanan Futsal Piala i-CATS Terbuka yang julung-julung kali diadakan.

Menurut beliau, melalui penganjuran bersama aktiviti sukan sedemikian dapat mengeratkan lagi silaturahim antara warga pendidikan dan masyarakat setempat khususnya di Daerah Dalat dengan institusi berkenaan. Sekaligus mampu melahirkan lebih ramai bakat di dalam sukan futsal di peringkat daerah untuk menyertai pertandingan di peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan. Beliau berharap agar sokongan yang telah diberikan akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Terdahulu, Pengetua SMK Dalat, Puan Magdalene binti Jon, turut merakamkan penghargaan pihak SMK Dalat dan PIBG SMK Dalat kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Hari Terbuka SMK Dalat 2016.

Puan Magdalene binti Jon turut memaklumkan bahawa kejayaan penganjuran Kejohanan Futsal Piala i-CATS Terbuka edisi sulung yang diadakan pada hari terbuka SMK Dalat 2016 ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang memandangkan sambutan yang diterima adalah amat memberangsangkan.

Hujan lebat pada awal pagi sepanjang kedua-dua hari kejohanan tersebut berlangsung tidak menghalang kesemua pasukan daripada  mempamerkan kemahiran masing-masing dalam suasana kekeluargaan dengan penuh semangat kesukanan.

Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan antara pasukan Baya Daat dengan Sungai Berujug yang berkesudahan dengan Baya Daat muncul juara dengan jaringan 4-3 menewaskan Sungai Berujug. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Baya Likoe manakala pasukan Cakok Manis di tempat keempat.

Hadiah-hadiah telah disampaikan secara bersama oleh Pegawai Pendidikan Daerah Dalat, Encik Ahli bin Chikba, Encik Zainal Abiddin bin Ahmad (Pegawai Pemasaran i-CATS, mewakili pengurusan PPKS/i-CATS) serta Puan Magdalene binti Jon (Pengetua SMK Dalat). Turut hadir ialah Puan Hadiah binti Jaraie (YDP PIBG SMK Dalat) dan Puan Malihah binti Sirat (Pengetua SMK Oya).

Penyerahan cek tajaan daripada PPKS/i-CATS telah disampaikan oleh En. Morni bin Tambah, Pengurus Kanan Perhubungan Sekolah i-CATS kepada Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dalat, En. Abdul Rahman bin Sallehuddin dalam satu majlis ringkas di SMK Dalat pada 9 September 2016 yang lalu. Ahli Parlimen Belia Mukah, Royston Valentine turut hadir di majlis tersebut.

Selain Kejohanan Futsal Piala i-CATS Terbuka, Hari Terbuka SMK Dalat 2016 yang berlangsung dari 19-22 September 2016, turut diisi dengan acara-acara antaranya Pameran Pendidikan & Kerjaya, Tarian Moden Terbuka, Battle Of The Band Terbuka, Pendaftaran Bekas Pelajar, Ibu Anggun, Cabutan Bertuah PIBG, Gerai Unit Beruniform, gerai jualan dan banyak lagi.

###

11-johan-baya-daat

15-semua


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM