Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) & Majlis Khatamal Quran

  • -

Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) & Majlis Khatamal Quran

Category : Uncategorized

Article by Nor Azlina Sapee
PA to Executive Director cum Special Officer, KPI

Pada 15 Jun 2017 yang lalu, Ahli Jawatankuasa, Surau Darul Ilmi, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) & Majlis Khatamal Quran bertempat di Surau Darul Ilmi, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS).

Kira-kira 200 staf PPKS dan pelajar Kolej Vokasional, PPKS dan AWISAR serta 36 orang pelajar Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) terlibat di dalam program tersebut.

Objektif utama program ini adalah sebagai kemuncak program tadarus quran sempena bulan Ramadhan, menghargai dan mengiktiraf pelajar kerana khatam quran dan bagi meraikan anak-anak YAKIN.

Program yang bermula selepas solat asar dimulakan dengan majlis Khatamal Quran yang melibatkan seramai 13 orang pelajar Kolej Vokasional & PPKS serta 6 orang anak-anak YAKIN, diikuti tazkirah ringkas oleh Ustaz Wan Muhammad Mujahid bin Wan Alwi daripada Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, UNIMAS.

Selepas selesai solat terawih, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan hari raya oleh YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi, PPKS & sumbangan daripada individu-individu kepada anak-anak YAKIN dan kepada peserta Khatamal Quran & tadarus seramai 82 orang pelajar.

Adalah diharapkan agar program yang dirancang dapat mencapai objektif dan dapat diteruskan pada masa akan datang serta akan mendapat penyertaan dan kerjasama yang baik dari semua staf dan pelajar. Semoga program yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak.

Sesi bergambar bersama YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain Pengerusi, PPKS bersama anak-anak YAKIN, staf dan pelajar.

Gambar semasa majlis berlangsung

Pelajar KV, PPKS

Anak-anak YAKIN

Sumbangan Hari Raya daripada ;

YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi, PPKS

YBhg. Dato Hajah Maznah bt Dasmi

Setiausaha, Majlis Pengurusan, PPKS

En Hallman bin Haji Sabri, Pengarah Eksekutif PPKS

En Mohamad Isham bin Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif, i-CATS

Qasidah daripada Kumpulan Musytaq Al-Musthofa

Tazkirah daripada Ustaz Wan Muhammad Mujahid bin Wan Alwi daripada Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, UNIMAS.

Ucapan daripada En Hallman bin Hj Sabri, Pengarah Eksekutif, PPKS

Ucapan daripada YBhg. YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi, PPKS


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM