Lawatan Kerja Lapangan i-CATS Ke Gunung Serapi

  • -

Lawatan Kerja Lapangan i-CATS Ke Gunung Serapi

Category : Uncategorized

Article by Zainal Abiddin bin Ahmad
School Relation Officer

Pada Sabtu 11 Februari 2017 yang lalu seramai 62 orang pelajar Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) telah mengadakan lawatan kerja lapangan (field trip) ‘Kekalkan Kebersihan Gunung Serapi! Serapi 1.0’ (Keep Gunung Serapi Clean! Serapi 1.0), ke Gunung Serapi, Taman Negara Kubah.

Menurut pensyarah Puan Alimah binti Ahmad, lawatan kerja lapangan ini yang merupakan salah satu daripada tugasan berkumpulan subjek Ekologi Global dan Pembangunan Lestari bertujuan memberi pendedahan sebenar dan pengalaman secara langsung tentang ekologi dan pembangunan lestari kepada para pelajar.

Selain daripada itu, aktiviti berkenaan dapat membuka minda mereka tentang realiti pembangunan lestari yang diterangkan semasa kuliah, sekaligus memberi inspirasi kepada pelajar dan pensyarah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk subjek ekologi.

Semasa pendakian ke puncak Gunung Serapi, selain telah menjalankan pemerhatian , pengumpulan data dan persampelan dalam kumpulan, para pelajar berkenaan turut mengutip sampah-sarap yang terdapat sepanjang pendakian tersebut.

Para pelajar i-CATS yang menyertai lawatan kerja lapangan tersebut adalah dari kursus Diploma Kejuruteraan Perisian, Diploma Pengurusan Pelancongan Alam Sekitar, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Pengurusan Perladangan dan Diploma Kejururawatan.

Mereka turut disertai oleh Encik Mohd Isham bin Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS), pensyarah dan kakitangan lain.

Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) akan membuka pengambilan bagi kursus diploma dan ijazah sarjana muda sesi Mac 2017 pada 21-22 Mac 2017. Maklumat lanjut berhubung pengambilan tersebut boleh dilayari di laman www.icats.edu.my atau berhubung terus di talian 082-570888 / 082-451333.


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM