LAWATAN ILMIAH PASCA SPM MURID-MURID SMK BALLEH KE i-CATS KUCHING

  • -

LAWATAN ILMIAH PASCA SPM MURID-MURID SMK BALLEH KE i-CATS KUCHING

Category : Uncategorized

Article by Zainal Abidin Ahmad
School Relation Officer

Pada hari Khamis, 1 Disember 2016, Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) telah menerima lawatan seramai 46 orang pelajar SMK Balleh. Program 6-hari tersebut merupakan kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL), Kuching dan Sarawak Energy Berhad (SEB)

Ketibaan rombongan berkenaan di kampus i-CATS di Stampin Timur telah disambut oleh pegawai dan kakitangan pengurusan i-CATS.

Berucap mewakili Ketua Pegawai Eksekutif i-CATS mengalu-alukan kedatangan rombongan SMK Balleh tersebut ialah Encik Martin John Madden, pensyarah kanan dan penasihat pelajar i-CATS.

Para pelawat turut diberikan taklimat berhubung i-CATS yang disampaikan oleh Bahagian Pemasaran i-CATS. Selain daripada itu, ceramah motivasi dan persediaan dalam menghadapi cabaran selepas keputusan SPM diumumkan nanti turut disampaikan oleh kaunselor i-CATS. Rombongan kemudiannya di bawa melawat ke sekitar kampus i-CATS.

Menurut Pn. Prescilla Layam anak Bau, salah seorang guru pengiring, antara tujuan penganjuran lawatan berkenaan adalah untuk mendedahkan para peserta rombongan kepada pelbagai peluang melanjutkan pelajaran yang terdapat di beberapa institusi pengajian tinggi di Kuching dan Samarahan, selain melawat beberapa tempat menarik di sekitar Bandaraya Kuching.

Pn. Prescilla Layam anak Bau turut merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL), Kuching dan Sarawak Energy Berhad (SEB) di atas penganjuran berkenaan.

Turut sama di dalam rombongan tersebut ialah Encik Michael Tarang Jelaming (Pegawai Perhubungan IPGKBL), Encik Layang (PK1 SMK Balleh) dan Puan Bani anak And (guru pengiring SMK Balleh).

###

img_1802


Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM