KEJOHANAN MASISWA 2016 PLATFOM PENCARIAN BAKAT SUKAN DI KALANGAN PELAJAR IPTS

  • -

KEJOHANAN MASISWA 2016 PLATFOM PENCARIAN BAKAT SUKAN DI KALANGAN PELAJAR IPTS

Category : Uncategorized

Article by Linda John
Corporate Communications Manager

Kuching – Majlis Penutupan Kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) 2016 Zon Sarawak telah berlangsung dengan meriah semalam dan telah disempurnakan oleh Prof Dato’ Prof. IR. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi MASISWA bertempat di Kolej i-CATS. Menurut beliau, penganjuran MASISWA Zon Sarawak merupakan pencarian bakat sukan di kalangan pelajar IPTS di Sarawak yang memberi pendedahan dan peluang untuk mewakili peringkat Nasional sehingga ke peringkat antarabangsa. MASISWA mempunyai potensi yang besar untuk menyumbang kepada pembangunan atlit negara kerana mempunyai jumlah pelajar yang besar dan IPT yang lebih banyak berbanding majlis sukan yang lain.

Seramai 16 Kontigen dan 694 atlit telah bertanding dalam 9 acara sukan  yang berlangsung bermula 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2016. Pada kejohanan kali ini, sebanyak 261 pingat dipertandingkan untuk keseluruhan acara iaitu futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, tenpin bowling, catur, bola keranjang dan ping pong serta ‘Mountain Bike’ yang julung kali diperkenalkan pada tahun ini.

Swinburne University of Technology, Sarawak Campus telah mengekalkan kejuaraan dengan pungutan mata sebanyak 102. Naib juara adalah Institusi Teknologi Nusantara (NITT) dan diikuti oleh University College Technology Sarawak (UCTS)  di tempat ke-tiga. Kontigen yang turut bertanding adalah kontigen tuan rumah International College of Advanced Technology Sarawak (i-CATS), SATT College, UNITAR Sarawak Campus, Curtin University, Sunway College, Lim Kok Wing University of Creative Technology Sarawak, Technology College Sarawak (TCS), SEGI College, UCSI, i-SYSTEMS, Asia Metropolitan College Kuching, Cosmopoint College Kuching dan Exective College. Majlis Penutupan Kejohanan telah berlangsung di i-CATS West Campus , selaku tuan rumah kejohanan pada kali ini.

###

photo-caption-mr

(3 dari kiri) Prof Dato’ Prof. IR. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi MASISWA menyampaikan piala kejohanan kepada wakil Swinburne University of Technology, Mr Wong Kien Kuon selaku Chief de misson.


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM