I-CATS Terima Kunjungan YB Datuk Francis Harden Hollis

  • -

I-CATS Terima Kunjungan YB Datuk Francis Harden Hollis

Category : Uncategorized

Article by Zainal Abidin Ahmad
School Relation Officer

Pada 27 September 2016 yang lalu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (I-CATS).

Ketibaan beliau di kampus utama I-CATS yang terletak di Jalan Stampin Timur telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif I-CATS, Mohd Isham bin Fauzi bersama-sama pengurusan kanan serta warga kerja I-CATS.

Sempena lawatan kerja tersebut, YB Datuk Francis Harden Hollis telah diberikan taklimat berhubung perkembangan semasa dan perancangan masa depan I-CATS.

YB Datuk Francis Harden Hollis memuji usaha-usaha yang diambil oleh I-CATS khususnya dan kumpulan PPKS amnya dalam menyebarluas maklumat sekaligus memberikan peluang kepada para belia terutamanya di luar bandar untuk menyambung pengajian dan latihan di peringkat yang lebih tinggi.

Beliau turut menyarankan agar program-program seumpamanya dipergiatkan lagi dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan lagi kesedaran pentingnya pendidikan dan kemahiran di kalangan ibu bapa dan belia di pedalaman.

Sambil melahirkan kekaguman beliau terhadap kemudahan serta prasarana pembelajaran di I-CATS, beliau seterusnya mempelawa I-CATS dan PPKS untuk menjalin usahasama dalam penganjuran pelbagai aktiviti di Bahagian Sri Aman, khususnya di DUN Simanggang.

###

img_5955


Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM