i-CATS SERTAI KEM SAINS–SPM 2016 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JULAU

  • -

i-CATS SERTAI KEM SAINS–SPM 2016 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JULAU

Category : Uncategorized

Article by Muhamad Daneal bin Jamali
Corporate Communications Executive

KUCHING – Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) telah menyertai “Kem Sains- SPM 2016”, Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Julau. Program tersebut adalah program pemantapan prestasi akademik yang telah dikelolai oleh Pejabat Pendidikan Daerah Julau dengan kerjasama sekolah-sekolah menengah seperti SMK Julau, SMK Julau No.2 dan SMK Pakan.

Menurut PK Pentadbiran SMK Julau No. 2, Encik Patrick anak Philip Moss yang juga merupakan salah seorang daripada pengelola program tersebut, ‘Kem Sains SPM 2016’ yang berlangsung dari 10hb sehingga 12 Ogos 2016 adalah bertujuan memantapkan persediaan para pelajar bagi menghadapi Peperiksaan SPM kelak sekaligus sebagai usahasama untuk memastikan peningkatan peratus kelulusan bagi mata pelajaran aliran Sains.

Diantara objektif program berkenaan adalah sebagai perangsang semangat pembelajaran para pelajar untuk lebih berusaha mencapai keputusan yang cemerlang serta membantu para pelajar untuk menguasai teknik menyelesaikan masalah dan teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran aliran sains.

“Kem Sains SPM 2016” Peringkat Daerah Julau tersebut dikendalikan melalui usahasama pegawai serta guru daripada PPD Julau dan ketiga-tiga buah sekolah berkenaan melalui pengisian program seperti ceramah, bengkel, latihan dalam kumpulan (LDK) serta aktiviti-aktivit “outdoor” yang lain.

Selain daripada itu, Kolej Antarabangsa Lanjutan Sarawak (i-CATS) turut terlibat dalam mengadakan ceramah berkenaan peluang kerjaya di dalam bidang kejuruteraan dan kejuruwatan serta pameran pendidikan oleh School of Engineering, School of Nursing dan School of Tourism & Hospitality i-CATS. Melalui perkongsian tersebut, para peserta ‘Kem Sains SPM 2016’ khususnya dan para pelajar lain amnya turut mendapat pendedahan yang lebih mendalam berhubung pilihan bidang-bidang pengajian yang bakal diceburi nanti.

Majlis penutupan rasmi Program Pemantapan Prestasi Akademik ‘Kem Sains’ SPM 2016 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Julau 2016 berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Julau, Encik Dali anak Rain. Majlis turut dihadiri oleh pengurusan kanan SMK Julau No. 2 selaku tuan rumah, serta pegawai-pegawai SMK Julau dan SMK Pakan.

Seramai 44 orang pelajar aliran sains Tingkatan 5 daripada ketiga-tiga buah sekolah menengah yang terlibat telah menyertai program selama tiga hari tersebut.

Maklumat lanjut berhubungan kursus-kursus yang ditawarkan oleh i-CATS boleh diperolehi di laman sesawang www.icats.edu.my atau melalui pertanyaan di talian 082-570888/458870.

###


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM