i-CATS ANJUR KURSUS KEPIMPINAN BAGI PENGAWAS SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK

  • -

i-CATS ANJUR KURSUS KEPIMPINAN BAGI PENGAWAS SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK

Category : Uncategorized

Article by Muhamad Daneal bin Jamali
Corporate Communications Executive
Information by Zainal Abidin Ahmad
School Relation Officer

KUCHING (SELASA, 18 OKTOBER 2016) – Seramai 35 orang pengawas daripada Sekolah Seni Malaysia Sarawak yang masing –masing mewakili tingkatan 1, 2 dan 4 sekolah tersebut telah menjalani “Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Seni Malaysia Sarawak” di Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS.

Keberlangsungan kursus kepimpinan tersebut berobjektifkan untuk membina kepercayaan serta meningkatkan keyakinan sekaligus menyemarakkan sikap optimis yang tinggi di dalam diri pelajar-pelajar selaku pegawas. Sejajar dengan objektif kursus tersebut, ianya secara langsung untuk membentuk sahsiah diri pegawas-pengawas serta memberi panduan untuk menyimbangkan penumpuan terhadap akademik serta tugasan sebagai seorang pengawas.

Menurut Ketua Pengiring Rombongan, Cikgu Mohd Shaffiq bin Zainol Abidin berkata “kursus kepimpinan sehari yang di anjurkan oleh i-CATS khususnya tertumpu kepada pengawas-pengawas Sekolah Seni Malaysia Sarawak adalah diperlihatkan untuk memantapkan jati diri pelajar serta sebagai satu platfom untuk memupuk nilai-nilai serta amalan murni di kalangan mereka.

Pengisian kursus sehari tersebut merangkumi aktiviti seperti pengenalan ringkas PPKS/i-CATS, ceramah kepimpinan, pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) — “icebreaking”, “Teambulding”, Kenali Diri, Penyelesaian Masalah serta lawatan sekitar Kampus i-CATS.

Sepanjang kursus berlangsung, turut terlibat membantu dalam keberkesanan kursus tersebut adalah ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar i-CATS dan Puan Arissa Vivianty binti Abdul Rahim selaku pengelola kursus serta kaunselor berdaftar i-CATS.

Turut hadir mengiringi rombongan kursus kepimpinan pengawas di antara kerjasama Sekolah Seni Malaysia Sarawak dan i-CATS adalah Encik Abdul Rahman bin Sauji dan Dayang Nuruliza binti Abdul.

###


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM