I-CATS Anjur Ceramah Motivasi Dan Pengurusan Stres

  • -

I-CATS Anjur Ceramah Motivasi Dan Pengurusan Stres

Category : Uncategorized

Article by Zainal Abidin Ahmad
School Relation Officer

Pada 5 hingga 7 Oktober yang lalu, Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (I-CATS) bersama-sama SMK Pusa, Pusa (Tingkatan 5 – 5 Oktober 2016, Tingkatan3 – 6 Oktober 2016) dan SMK Ulu Layar, Betong (Tingkatan 3 & 5 – 7 Oktober 2016) telah menganjurkan Ceramah Motivasi dan Pengurusan Stres.

Program yang disusunatur khusus untuk para pelajar Tingkatan 3 dan 5  bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi para pelajar serta mendapatkan panduan dalam menangani stres khususnya dalam menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM.

Adalah diharapkan melalui program berkenaan, para pelajar dapat mengawal emosi diri dan tekanan sekaligus mempertingkatkan pencapaian diri serta sekolah.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Wan Ishak bin Wan Hadenan, Pegawai Hal Ehwal Pelajar PPKS/I-CATS.

Pada 27 Oktober 2016 pula, I-CATS sekali lagi telah dijemput oleh SMK Ulu Layar untuk berkongsi pengalaman bagi menyuntik semangat dan memantapkan lagi persediaan para pelajar Tingkatan 5 apabila menduduki SPM nanti. Program berkenaan telah dikendalikan oleh Encik Morni bin Tambah dan Encik Martin John Madden.

###

05-smk-ulu-layar-tingkatan-5-27-oktober-2016

SMK Ulu Layar, Pelajar Tingkatan 3 & 5


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM