Explorasi Program PASCA PT3 SMK Tarat di Kolej Vokasional PPKS

  • -

Explorasi Program PASCA PT3 SMK Tarat di Kolej Vokasional PPKS

Category : Uncategorized

Article by Muhamad Daneal bin Jamali
Corporate Communications Executive

KUCHING (20 Oktober 2016, Khamis) – Kolej Vokasional Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (KV PPKS) telah menerima lawatan daripada Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Tarat bersempena dengan Program PASCA PT3. Program PASCA PT3 SMK Tarat 2016 tersebut telah melibatkan seramai 40 orang pelajar tingkatan tiga yang terpilih berserta tiga orang guru pengiring. Rombongan tersebut telah di alu-alukan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah PPKS iaitu Encik Abdul Kudus Lait.

Menurut ketua rombongan, Encik Bangga ak Kamit – “Objektif Program PASCA PT3 tersebut adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada para pelajar PT3 yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat teknikal di samping membolehkan mereka untuk meninjau keadaan serta persekitaran pembelajaran di PPKS secara amnya.”

Menitikberatkan keberkesanan program, rombongan tersebut telah di berikan pendedahan am melalui perkongsian informasi berkenaan program-program kemahiran yang ditawarkan oleh PPKS serta halatuju pelajar selepas menamatkan program Kemahiran tersebut.

Di antara pengisian sepanjang program tersebut berlangsung, turut menyampaikan taklimat Korporat PPKS ialah Pegawai Perhubungan Korporat, Encik Muhamad Daneal bin Jamali;  manakala Taklimat Pengenalan Program Vocational Education & Training (TVET) telah di sampaikan oleh Encik Koeswandy Abdul Razak dan Taklimat Pengenalan Program Kolej Vokasional telah di sampaikan oleh Encik James Limbai Suat.

Sejurus tamat sesi taklimat, rombongan tersebut di bawa melawat Kelas TVET & KV, Makmal, asrama serta sekitar kawasan kolej. Program PASCA PT3 tersebut berakhir dengan sesi photografi rombongan bersama kakitangan PPKS.

###

danel

Taklimat Korporat PPKS di sampaikan oleh, Encik Muhamad Daneal bin Jamali selaku Pegawai Korporat Komunikasi PPKS.

picture-3

Encik Koeswandy Abdul Razak, menyampaikan taklimat Pengenalan Program TVET kepada para pelajar.

picture-4

Taklimat Pengenalan Program KV yang disampaikan oleh Encik James Limbai Suat.

resize

Sesi Photografi Para Pelajar PT3 SMK Tarat bersama kakitangan PPKS. Encik Bangga Ak Kamit (Tengah Kiri) Ketua rombongan bersama Encik Abdul Kudus Lait selaku Pegawai Perhubungan Sekolah PPKS.


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM