Aktiviti Riadah Daki Gunung Singai

  • -

Aktiviti Riadah Daki Gunung Singai

Category : Uncategorized

Article by Zainal Abiddin bin Ahmad
School Relation Officer

Pada Jumaat 24 Februari 2017 yang lalu, seramai 45 orang pelajar bersama-sama empat orang pensyarah program Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) telah mengadakan aktiviti riadah mendaki Gunung Singai, Bau.

Kesemua pelajar teruja dengan aktiviti tersebut memandangkan inilah kali pertama mereka mendaki Gunung Singai. Turut berkongsi perasaan yang sama ialah Pamela Maylanda salah seorang daripada pelajar program Diploma Pengurusan Perniagaan i-CATS yang berasal dari Indonesia. Walaupun mencabar, Pamela amat gembira kerana dapat bersama-sama rakan-rakan yang lain menikmati flora dan fauna yang terdapat di Gunung Singai tersebut.

Menurut John Francis Belen, salah seorang daripada pensyarah yang mengikuti pendakian berkenaan, aktiviti yang dirancang secara bersama tersebut dapat membentuk sahsiah diri para pelajar sekaligus memupuk semangat bekerja sebagai satu pasukan. Selain daripada itu, dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar-pelajar dan para pensyarah.

Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) mempelawa lepasan SPM yang lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga kredit untuk mengikuti pengajian di dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di i-CATS bagi sesi Mac 2017 pada 21-22 Mac 2017 ini. Maklumat lanjut berhubung pengambilan tersebut boleh dilayari di laman www.icats.edu.my atau berhubung terus di talian 082-570888 / 082-451533.

 


Archives

Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM