29 Graduan Menerima Sumbangan Anugerah Industri di Majlis Konvokesyen PPKS/i-CATS ke-19

  • -

29 Graduan Menerima Sumbangan Anugerah Industri di Majlis Konvokesyen PPKS/i-CATS ke-19

Category : Uncategorized

Article by Muhamad Daneal bin Jamali
Corporate Communications Executive

KUCHING (30 November 2016, RABU) – Seramai 819 graduan dari seluruh sistem Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) menerima Diploma, Diploma kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) masing-masing pada satu sidang yang berlangsung pada Majlis Konveksyen PPKS/i-CATS ke-19 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Julung kali di adakan pada Majlis Konvokesyen kali ini akan menyaksikan seramai 97 graduan daripada Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) PPKS yang layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia (Pemasangan dan Penyelengaran Elektronik Satu Fasa) bagi mewakili kohort pertama dan kedua pada tahun 2014 dan 2015.

Semasa merasmikan Majlis Konvokesyen PPKS/i-CATS ke-19, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain dalam ucapan nya menyatakan bahawa pelajar-pelajar PPKS/i-CATS turut di latih dan di didik agar menjadi modal insan yang boleh menyumbang kepada arus pembangunan Negeri Sarawak terutamanya melahirkan lebih ramai tenaga kerja di dalam bidang kemahiran menjelang 2030 selari dengan inisiatif kerajaan Negeri Sarawak iaitu pembangunan “Sarawak Corridor of Renewable Energy”

Dalam Majlis Konvokesyen tersebut, seramai 29 graduan cemerlang dalam pelbagai bidang akademik dan teknikal di raikan melalui pengiktirafan Anugerah Industri. Anugerah Industri tersebut merupakan pengiktirafan melalui sumbangan sebagai tanda sokongan serta galakkan pihak industri terhadap pelajar-pelajar dalam menceburi bidang teknikal dan vokasional (TVET).

Sebanyak sembilan buah Anugerah Industri akan di sampaikan oleh wakil-wakil daripada Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS), Sarawak Energy Berhad, Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), Brooke Dockyard & Engineering Sdn Bhd, Toko Electronics (Sarawak) Sdn Bhd, KKB Engineering Berhad, Trac-Wheels Sdn Bhd, Samling Group of Companies dan Normah Medical Specialist Centre.

4 graduan cemerlang  telah menerima 3 kategori Piala iaitu Piala Presiden telah di anugerahkan kepada Wenceslaus Arit anak Charles William, Diploma Pengurusan Perladangan, manakala Melissa Soh Siew Teng dan Ilin Soniati anak Dawit daripada jurusan diploma kejururawatan telah di anugerahkan piala pusingan kejururawatan. Kategori Piala Industri TVET telah di anugerahkan kepada Petie Anak Assan daripada Diploma Kemahiran Malaysia Pentadibiran Sistem Maklumat.

###

img_0136

Penerima Anugerah Piala Pusingan kejururawatan, Ilin Soniati Anak Dawit (kiri), Piala Presiden i-CATS, Wenceslaus Arit Anak Charles William (tengah) dan Petie Anak Assan penerima Anugerah Piala Industri TVET (kanan).


Follow by Email
Facebook
Facebook
INSTAGRAM